..::my kenkyuu::..

assalamualaikum wbt..


Dah lama tak update blog ni..kesian dibiarkan camtu je.hehe..biasalah tu ,tambah2 sekarang ni..keje melebihi masa yg ada!!.Erm..skrg kat bilik kenkyuu lg.kwn2 lain semua dah balik.Biasanya kalau bunyi loceng pukul4,semua siap2 nk balik.hehe..smp sensei kenkyuu lain tanya..'mou kaeru no..?hayaine minna!' hihi..biasalah tu kitorg.Bila borak2 pasal kenkyuu ngan kwn2 kosen lain,dgr diorg citer smp blk mlm,rasa nk tergelak lak.emm..kenkyuu aku ni ngadap pc je dan sensei pun takde,so mmg ikut suka je nk blk bila2 pun.tp susundenai yo!skrg ni sapa yg susah?haa...diri sendiri jgk yg susah.huhu.tinggal lg 2bln (cam xsmp je..huhu) je lagi nak happyou.maniawanai kamoshirenai kedo..ganbaru!
kaylah..sambil2 surf reference 4 programming tuh..buang masa kat sini jap..lagi 2minggu ada chukan shiken lak..adess.
"Ya Allah permudahkanlah urusan hamba Mu ini...ameen.."

::Renungan Jumaat::


Bismillah..

 

Alhamdulillah, bulan Rejab sudah meninggalkan kita dan kini kita telahpun memasuki bulan Syaa'ban. Insya-ALLAH jika diizinkan ALLAH, dalam masa kurang 4 minggu lagi, kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-mubarak untuk tahun ini. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya? Marilah bersama-sama kita mempersiap diri untuk bulan ini.

 

Muslimin muslimat yang dirahmati ALLAH..

 

Walaupun bulan Rejab telah berlalu, kita masih belum dapat melupakan peristiwa Israk dan Mikraj. Kali ini kita cuba untuk mengambil beberapa pengajaran yang terdapat daripada peristiwa besar dalam sejarah ummat Islam ini.

 

Satu perkara yang penting disampaikan di sini ialah peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ini sebenarnya membuktikan kekuasaan Allah Taa'la yang sememangnya tidak terbatas. Dia Maha Berkuasa telah memperjalankan hamba-Nya, Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Masjidil Aqsa dan seterusnya naik ke Sidratul Muntaha bertemu Allah untuk menerima perintah solat.

 

Sebenarnya peristiwa ini benar-benar menguji keimanan kita sebagai umat Islam. Lihatlah sahabat-sahabat bagaimana selepas baginda Rasulullah kembali ke Mekah dan menceritakan apa yang berlaku, umat Islam ketika itu ada yang percaya, ada yang ragu-ragu dan ada yang langsung menolak. Marilah kita mengambil pelajaran daripada sikap sahabat agung, Saidina Abu Bakar yang terus membenarkan dan mempercayai apa yang diberitakan oleh Rasulullah sehingga dengan peristiwa ini beliau digelar As-Siddiq bermakna "Yang Membenarkan".

 

Apakah sikap kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat? Sudah tentulah sikap yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar ini wajar menjadi ikutan kita.. iaitu menerima dan membenarkan apa sahaja yang datang dari Rasulullah kerana sesungguhnya baginda tidaklah bercakap atas hawa nafsu baginda tetapi baginda dipimpin oleh Yang Maha Kuasa.

 

Seterusnya kita mendapat pendedahan mengenai pelbagai peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah sepanjang Israk Mikraj tersebut. Rasulullah diisrakkan dari Mekah ke Masjidil Aqsa. Di sini kita berfikir.. kenapakah Masjidil Aqsa menjadi pilihan?

 

Sesungguhnya hikmah dan sebabnya hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Namun, apa yang dapat kita ambil pengajaran dan dapat fikirkan ialah, jelas menunjukkan kepada kita peri penting Masjidil Aqsa kepada ummat Islam, termasuklah tanah Palestin yang masih dibelenggu Askar Zionis kini.

 

Masjidil Aqsa yang merupakan satu daripada 3 buah masjid agung umat Islam menuntut kita agar berusaha bersungguh-sungguh bagi membebaskan masjid ini dari cengkaman Zionis. Masjid inilah yang suatu ketika dahulu menjadi satu pusat penyatuan tumpuan (qiblat) umat Islam sebelum Masjidil Haram di Mekah. Sesungguhnya kewujudannya amat simbolik kepada umat Islam dulu, kini dan selamanya.

 

Kita juga telah menyaksikan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin. Kanak-kanak yang sepatutnya menjalani hidup riang mereka terpaksa berhadapan dengan kejahatan askar Israel demi mencari erti kemerdekaan. Takkanlah kita hanya mampu melihat dan menonton sahaja? Apakah peranan kita untuk mereka?

 

Sahabat sahabiah yang dikasihi,

 

 Di hari yang mulia ini, marilah kita menginsafi diri, setakat manakah amal kita untuk persediaan menghadapi kematian. Marilah kita bermuhasabah diri sebelum diri kita diangkut ke liang lahad. Ingatilah saudara-saudara seIslam kita di seluruh dunia yang sedang berjuang bermati-matian menjaga maruah agama Islam yang tertinggi. Ingatilah mereka dalam doa kita. Doakan mereka. Marilah sahabat-sahabat, kita berusaha sedaya-upaya kita membantu agama Islam.. dengan tenaga kecik yang dianugerahkan oleh Allah ini, marilah kita membantu agama Allah ini. Biarlah sekecil manapun, hatta 1 yen sekalipun, sesungguhnya setiap amalan ikhlas walaupun kecik tetap ada ganjarannya di hari Kiamat kelak.

 

Yakinilah janji Allah bahawa Islam akan naik suatu hari nanti. Untuk itu, kenalah kita persiapkan diri dari sekarang. Penulis teringat satu pesanan oleh seorang ustaz di program umum IPIJ tahun lalu apabila ditanya apakah sumbangan yang mampu kita lakukan dalam zaman yang penuh kekacauan ini, beliau menjawab.. binalah keluarga muslim yang beriman, yang soleh. Mari mula dari diri kita dan keluarga kita. Inilah salah satu daripada usaha kita untuk menghadap Allah.

 

Sekian dahulu RJ kali ini. Segala yang salah dan silap penulis mohon ampun dari Allah. Ambillah yang baik dan jadikanlah teladan bagi yang buruk. Allahu Akbar!

 

Allahua'lam. Wabillahittaufiq walhidayah.. wassalamua'laikum warahmatullah.

 

RENUNGAN JUMAAT

5 Syaa'ban 1426 H / 9 September 2005

-Nothing-

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah semalam bermulanya kelas setelah sebulan setengah bercuti.Bercuti?! entahlah ,boleh ke tak dianggap cuti .Sebabnya sepanjang natsu yasumi ni,aku tak kemana2.Hanya di Niihama ini menemankan/ditemani buku2 yang memeningkan kepala tu.Dan hasil utk itu,lagi seminggu utk aku ketahuinya.ermm,tak nak fikir dah.Kegagalan yang lepas banyak mengajar aku erti keperitan dan  juga kesabaran!Sekarang ni,apa yang perlu aku lakukan hanya doa+tawakkal kepadaNYa.Ya,sememangnya aku mengharapkan kejayaan.Tapi aku juga perlu menyediakan hati yang secukup2nya utk menerima yang sebaliknya.Hanya yakin pada Allah.Jika rezeki ku di situ,maka kat situlah akan ku tuju nanti.Yang pastinya niatku sudah jelas!so,just ingat'In tansurullaha yansurkum..'
Aku pun tak pasti adakah usaha ku itu mencukupi atau aku sekadar menyerah pada qada & qadar Allah?!Usaha tak seberapa,tapi mengharap yang lebih!Dah2!!!Usah difikirkan lagi kan!Yang sudah lepas tidak boleh berpatah balik..yan penting sekarang,DOA+TAWAKKAL!
"Barangsiapa bertakwa kpd Allah,nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakkal kpd Allah,nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu"


Ok dah abis citer tu.sekarang ni tengah pening dengan sotsuken pulak!Sebelum cuti hari tu,group aku decided utk buat 'gakkou navi'.mulanya utk masuk programming contest,tapi sebab tak jadi ,so semua nak tukar tajuk.Dan disebabkan masa natsu yasumi aku jarang ke lab..so,baru hari ni aku kimeta tema utk thesis aku tu.No idea nyer pasal,terpaksalah aku teruskan tajuk tu jugak..buat sorang2 pulak tu!(T_T) kalau reti programming tak kisah sgt.tapi masalahnya masih merangkak2 dan semuanya sensei makaseru kat aku..kekkou tsurai jugaklah.So skrg ganbaru shika nai naa...takpe2...adalah jalan penyelesaian tu ,insyaAllah.Jumaat depan ada chukan happyou,tapi naiyou nyer tak tau nak tulis apa.Dengan nihongo yg tunggang terbalik lg..dah tak tau nk wat camana! Ideaaa...tlglah dtg!Semoga Allah permudahkan urusan ku dan juga sahabat2 semua..aminnn!
(coretan yang ntah apa2 ) 


----------------------WaS SalaM-------------------- ---------------


 

~::SaBarLaH WaHai HaTi::~


Allah knows what's best for us


so why should we complain


we always want the sunshine


but he knows there must be rain


we always want the laughter


and the merriment of cheer


but our hearts will loose our tenderness


if we never shed a tear


 


Allah tests us often with suffering and with sorro.He tests us not to punish us but to help us meet tomorrow for growing trees are strengthened if they withstand the storm and the sharp cut of chisel gave the marble grace and form


 


Allah test us often and for every pain he gives to us provided we're patient is followed by rich gain so whenever we are down and whenever we feel that everything is going wrong it is just Allah's way to make our spirit strong


 


    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;  ............."jgnlah kamu bersikap lemah dan jgnlah................


    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ; pula kamu bersedih hati. padahal kamulah org2


    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;  yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.


(Al-imran;139)


------------------------- wassalam----------------- --


 





********************** Jom Join!
Click here to join ipij_group
Click to join ipij_group

<********************



moon phases
 



********************

Perjuangan Adalah ibarat mata rantai..kita bukanlah yg pertama dan bukanlah yg terakhir
********************
Valid CSS!


Valid CSS!


Valid CSS!


Valid CSS!